Friday, February 8, 2008

~~Gong Xi Fa Chai~~

Selamat Tahun Baru Cina ...Gong Xi Fa Chai buat semua rakan rakan yg menyambutnya.....Beberapa minggu lepas, my company ada jemput team nie utk persembahkan Tarian Singa sempena meraikan rakan2 kami yg menyambutnya....Sebelum tue, ada perasmian dari company kami...sebab company kami beli 6 set Naga....setiap naga nie akan ditandakan...maknanya kalau dimana2 persembahan nampak Naga(yg ditanda nie..), datang dari company kami la ek...ehehehhe



Teringat masa kecik kecik dulu,kami adik beradik pantang dgr org pukul gendang utk tarian singa nie...kat area rumah,kalau dgr je gendang tarian singa, berdesup la kami keluar cari rumah tue...ehehehehhe....


Singa nie nak beri Buah Limau pada tetamu...


Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya



Info : Wikipedia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...