Thursday, May 27, 2010

Nikmat Juara - Shahir AF 8

Petikan Berita Harian.

pix_gal0
Shahir merasai kebahagiaan sebagai pemenang selepas berpisah seketika dalam program realiti popular

DIA disingkirkan pada minggu kelapan Akademi Fantasia ke-8 (AF8). Terkeluarnya Shahir dari program realiti itu mengejutkan ramai pihak. Justeru, pada minggu seterusnya, ketika Ain menerima nasib yang sama, afmasuk diumumkan sebagai usaha membawa seorang pelajar yang dirasakan layak untuk bersama-sama bergelar finalis.

Dan nyata, tuah itu memihak kepada Shahir, pelajar dari Ipoh, Perak ini (ketika di pentas apabila ditanya Serimah Ibrahim, Shahir dikatakan dari Kampar, Perak).

Pada konsert kemuncak AF8, Shahir menyanyikan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan pada pusingan pertama, manakala di pusingan kedua dia menyampaikan lagu Biru Hitam Mataku. Ternyata lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan seolah-olah memberi makna tersendiri. Kebahagian yang dikecapi oleh Shahir dinikmati selepas ‘berpisah seketika’ daripada rakan-rakannya.

Seperti yang dikatakan pengetua AF8, Norman Abdul Halim, dia memang layak bergelar juara. Malah, Norman juga pernah meramalkan bahawa Shahir adalah bakal juara, seiring dengan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy dan Hafiz.

Justeru, sangat ketara apabila afmasuk itu sebenarnya bagaikan satu misi untuk membantu Shahir bergelar juara.

Begitupun, apabila diajukan dengan soalan itu, Shahir dengan tenang menganggap kemenangannya itu sebagai satu rezeki buatnya.

"Saya rasa kesemua yang bertanding adalah pemenang sebenarnya. Saya sendiri tidak sangka bergelar juara malam ini. Namun sama ada adil atau tidak kemenangan itu berpihak kepada saya, saya anggap itu semua rezeki buat saya.
“Disebabkan terlalu gugup, saya hampir tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi saya semua.

"Walaupun gemuruh kerana mendengar sorakan mereka sewaktu saya menyanyi, tapi saya anggap itu sebagai pembakar semangat saya untuk memberikan yang terbaik buat semua,' kata Shahir sambil mengukir senyuman manis.

Ditanya apakah perasaannya apabila Adlin Aman Ramlie memuji persembahan Adira sambil menyifatkan itulah persembahan seorang juara, Shahir akur dengan apa yang dikatakan juri berkenaan.

"Mungkin itu penilaian Adlin tetapi saya tidak mengambil kenyataan itu terlalu serius. Apapun, saya bersyukur atas apa yang dikurniakan Tuhan terhadap saya malam ini," kata Shahir yang mendapat jumlah peratusan sebanyak 43.19 meninggalkan jauh Adira yang hanya memperoleh jumlah undian sebanyak 25.13 peratus.

Sebagai juara, Shahir yang membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Biru Mata Hitamku itu berjaya membawa pulang kereta Peugeot, percutian ke Hong Kong Disneyland, dua keping tiket penerbangan ke New York, set karaoke, jam tangan, percutian ke resort, telefon mudah alih beserta trofi Astro.

Tempat kedua pula menjadi milik peserta dari Sabah iaitu Siti Adira Suhaimi atau Adira manakala Muhd Shahril Firdaus atau Daus pula hanya mampu meraih tempat ketiga.Tempat keempat dan kelima masing-masing menjadi milik Maulana dan Iwan.

Wednesday, May 26, 2010

hi tea @ Grand Season

Last Saturday,team kami dari Personal Financing buat plan utk hi tea di Grand Season...Plan asalnya,kami dah booked tempat utk 40 org...tapi last minute,ada pulak yg cancel....hurm,jd disebabkan tak nak membazir diorang mintak bawak je kwn2 yg lain...


Mula2x tu mcm tak terfikir pun nak bawa diorang nie.....masa kat office member duk tanya2x je fda nak bawak sesape tak coz masih ada 4 tempat kosong......Jd,fda pun cuba2 la tanya member2 lain...respon diorang ada yg kat gath KOREA la,ada keje la,dah ada date la,pg Final AF8 la....hhuhhuu..ye la,last minute kan...tapi diorang ber3 nie je yg respon OK...hehhehehehe..so,decide bawa diorang je la ptg tu....




nxt time kiter buat xtvt lain pulak k..hehehe

Wednesday, May 19, 2010

Album CTKD - Dato Siti Nurhaliza & Krisdayanti

Sempena Ulangtahun kelahiran fda hari tu, adik angkat fda hadiahkan album CTKD (ada signature CT skali!!! ) ....Thanks a lottt!!!!!!!!...mmg fda meminati DCT sejak album Jerat Percintaan lagi....insyallah,sokongan utk DCT tidak akan luntur....hurm,biarpun pada awalnya,dia ada bgtau ttg album ctkd nie,tapi fda sikit tak percaya...coz takut kena tipuuu lagiiii.....!!!!!...hehhehee.....biler da dpt,tak tahu la mcm mana nak gambarkan perasaan happy tu..hehheheehhehe....termasuk album ni kira ada 2 album ctkd...owh!tapi album ni paling bermakna....alalallallaalaa....Thanks adik ku..!!!!..;)


Antara Lagu2 di dlm album ni -

Jika Kau tak dtg
Sebagai Teman
TanpaMu
Amarah
Hanya Dia
Dalam Diamku
Tanpamu ( minus 1)
Amarah ( minus 1)
Hanya Dia ( minus 1)
Dalam Diamku ( minus 1)

Azfar Mirza Darwisy 1st B'day Party


15th May 2010- Dapat invitation dari Murni utk celebrate bday baby boy dia Azfar Mirza Darwisy yg genap berumur 1 tahun....wahhhhh!!!!..meriahnye pizza hut bangsar tu....tapi fda n Eina sampai lewat ke majlis...almaklum la,kena bekerja hari tu..so,lepas keje la baru dpt ke sana..


bday boy -Azfar Mirza Darwisy...happy bday !!!!..comel nyeee diaaaaa...

Kek Bday Boy....nyum~~~~..nyumm~~~~~..


Puan Murni n Khairul bersama baby kesygan......ala,awish belum ready la...



Hari ni juga boleh dikatakan perjumpaan kawan - kawan la ....rindunyeee semuaaaa....biler la dpt kumpul mcm ni lg....msg2 bz....Actually,hubungan persahabatan kami bermula di Adam FC...kiranya,semua ni sebahagian dari AJK & Bekas AJK AFCM...alhamdulillah,biarpun ada yg meletak jawatan dari AFCM,hubungan persahabatan antara kami tak pernah putus.....
SAYA MMG SUKA BUDAK2x!!!!!!.....hehehehehehehhe


luv u alllll..!!!!!....Thanks Murni n Family coz sudi jemput we all.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...