Wednesday, May 18, 2011

Trip to ITALY - Part 1

1st off all..million thanks to RHB coz sudi support perjalanan kami ke Italy...Syukur juga ke hadrat ILAHI kerana memberi peluang pada sya utk menjejakkan kaki ke bumi Italy...Utk pengetahuan semua,asalnye RHB memilih Jepun utk 1st trip ni n pada pengumuman nama staff yg terpilih, nama sya tiada langsung dlm senarai....terkilan tu mmg terkilan..tapi mungkin dah bukan rezeki sya...terima je dgn redha...beberapa hari sebelum berangkatnye rakan2 sya ke JEPUN,JEPUN dilanda TSUNAMI yg teruk hingga mengakibatkan radiasi pada bumi Jepun....Bersyukur pada-NYA sebab pada waktu itu mereka belum sempat ke sana..alhamdulillah.....ALLAH turunkan PETANDA sebelum sempat mereka ke sana.....Jd,percutian ke JEPUN terus dibatalkan serta merta utk menjaga keselamatan masing2 biarpun Visa mereka ke sana sudah siap sepenuhnya....itulah dinamakan TIADA REZEKI....RHB terus menukar percutian ke ITALY pada 18th - 25th april 2011....nak ditakdirkan,terdapat 2 kekosongan utk ke Italy n nama sya terus terpilih...alhamdulillah..itu yg dinamakan REZEKI...mmg sya bersyukur sgt2 pada-NYA....mmg x disangka2 rezeki sya...Perjalanan kami juga disertai oleh Tour Guide kami Yin Tze dari Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd..


18th April 2011 - Flight kami ke Rome,italy pada jam 10.10mlm di KLIA...Penerbangan kami melalui Royal Jordanian Airlines..Semasa penerbangan,kami transit sebentar di Bangkok....Semasa di Lapangan terbang Bangkok,kami hanya menunggu di dalam pesawat....ini kerana,penerbangan Royal Jordan Airline mengambil penumpang di bangkok utk perjalanan ke Amman n seterusnye ke ROME..kemudiannya kami transit di Queen Alia International Airport,Jordan pada jam 5.15 pg...

19th April 2011 - Alhamdulillah,kami selamat sampai di Amman pada jam 5.15pagi...Penerbangan kami dari KLIA/Amman mengambil masa dlm 12 jam...BAYANGKAN!!!!..12jam perjalanan kami di udara!!..fuhh!!..sakit pinggang...heheheh...Di Amman,kami terpaksa menunggu 4jam utk Penerbangan ke Rome,Italy....sempat la qada' solat kami yg tertinggal...masa ni lapar dahaga semualah..tapi nak beli apa pun tak dpt sebab duit kami semua da ditukar ke Euro...kat Amman gna matawang USD...jd,terpaksa lah kami menahan dahaga n lapar...Dugaan..hehehehhee..Seterusmya pada jam 9.55 pagi(waktu Amman) kami meneruskan penerbangan ke Rome ...perjalanan mengambil masa 3 jam...alhamdulillah,kami selamat sampai di Lapangan Terbang Rome pada jam 12.45 tengah hari (waktu Rome)....perbezaan masa di Italy adalah 6 jam kebelakang dari waktu msia...


Pada masa ni,sya mmg tak sangka dpt menjejakkan kaki di Italy....alhamdulilah,dpt melihat negeri n pelajari budaya mereka....syukur pada-NYA kerana memberi peluang ini...sampai saja di ROME,kami terus dibawa oleh Pemandu bas kami ke Colosseum....sampai je kami di Colosseum,sya mmg tak sangka dgn apa yg dpt sya lihat depan mata...mmg betul2 mimpi dah jadi kenyataan..selalu hanya tgk di internet,tv ttg Colosseum..pada hari ni,sya betul2 berada di depan Colosseum...!!!!....Sedikit Info Colosseum dibina di Rome pada tahun 1920 yg lalu...kira la dah berapa tahun tu & bangunan ini masih kekal di sini....Cuaca di sini panas..tapi panasnye tak der la seterik di Kuala Lumpur...biarpun panas,tapi udara nye sejuk..jd,x der la rasa berpeluh ke apa...




Selepas Colosseum,kami meneruskan perjalanan ke Vatican City -St. Peter Basilica ...petikan di internet "St. Peter's Basilica has the largest interior of any Christian church in the world " ...x reti la story pasal church ni....heheehehe..boleh la search kat internet k ...untuk pengetahuan semua,di italy mmg mana2 je anda pergi ,akan nampak Church di merata2 anda...ini kerana Agama Kristian merupakan agama terbesar di sini..jd,mmg susah anda nak jumpa restoran halal...apa yg boleh dikatakan,pemandangan di sini mmg menarik....Bangunan bangunan mereka mmg dipelihara sebaik mungkin n mereka masih mengekalkan keaslian bangunan mereka....


Selepas itu,kami terus ke Fontana Di Trevi,Rome ...Fontana ni merupakan fountain yg paling besar di Dunia..mengikut sejarah fontana ini di bina oleh Pope2 kristian mereka...tempat ni mmg menjadi tumpuan..tgk je la gbr kat bwah nie...mmg terlalu ramai...x sanggup sya nak turun kat situ...sekadar melihat dari jauh je...mengikut kepercayaan mereka,jika kte baling syiling dlm air tu akan ada luck...hurmmmm,lebih kurang la...huhuhuh.....



Seterusnye kami ke Piazza De Spagna..kami hanya berjalan kaki..mmg jauh la berjalanan..fuhhhhh..kejang semua kaki..tapi gagah juga....bila da sampai sini,kami terpaksa pulak menaiki 134 tangga utk ke atas...hheheeheh..gyler laaa...masa diberitahu tu,mmg x sanggup nak naik..tapi apa boleh buat itu je jalan yg ada...

adoiiiiiiiii....semput den sampai atas...nasib baik sya tak kne serang asthma..huhuhuhu.....bler semua da berkumpul di atas,ingatkan bas da ada..rupanya,kna jalan kaki lagi ke tempat bas...uwawawaw...nak nages da masa ni....sebulan sya kat sini jln kaki confirm kurus...eheheheh...selepas berjalan kaki dlm 20 min,akhirnye sampai jua di tempat bas kami..yeayyy!!!...sempat la melepas lelah n penat atas bus..seterusnye ke tempat mkn malam kami...ingatkan mkn di hotel...bas turun kan kami ,lepas tu kena jalan kaki ke tempat mkn..JALAN LAGIIIIIIIIIII!!!!...adoiiii...tapi aper boleh buat!!!...uwawawawa...disini mknan smua jenis ikan n salad...tawakal jer la..hhuhuhu....

dlm jam 8 mlm baru la kami Check in di hotel penginapan PAPILLO Hotel,Rome...kami kat sini 1 mlm je...ingatkan lepas check in,nak jln2 sekitar hotel.....belum apa2 semua dah pengsannn....zzzZZZZzzzzz....mana x nye berjalan sampai sakit2 kaki...utk gbr gbr pada hari pertama klik sini ---Italy -Part 1

bersambungggg......

Sunday, April 17, 2011

Off to ITALY

Will be Off to ITALY from 18th April Until 25th April....Miss u all..take care..muahhssss

Wednesday, April 13, 2011

RAIN ....SARANGHAE

haaaaaa...kali ini nak story sket pasal konsert RAIN yg berlangsung selepas perlumbaan FI Sepang....Mmg asyik menghitung hari jeee...tak sabar rasanyaa...hehehee...almaklumla,last tgk RAIN perform pun tahun 2007 kat bukit Jalil...weehuuuu...Rasa mcm tak percaya bila,dpt tahu RAIN sekali lagi akan dtg ke Msia ni....Rasa mcm doa tu dimakbulkan pulak..hehehee...sebab bila tgk ramai sgt artis korea buat konsert kat msia,tertanya jugak bila la RAIN ni nak dtg msia lg...sampai ada org yg ckp RAIN tak akan dtg dah kat msia....:(...bila kwn2 ajak pg konsert artis korea lain,fda akan ckp tak nak pg... "Kalau RAIN yg dtg,mmg confirm 210% sya join"...tup tup...nampak iklan kat paper RAIN dtg utk Konsert F1..wooooooooowwwwwww weeeeee...hati berbunga riang..ahaahahahhaahah

Besar nyeeeee!!!!!


Jln sesak teruk sepanjang ke tapak perlumbaan

Atas sebab sebab yg tak dpt dielakkan,dlm jam 4 lebey mcm tu baru gerak pg Sepang...sampai2 je jln punya la sesak terukkk..sepanjang panjang panjangnyeeeeeeee.....nak cari tempat parking lagi satu hal..berpusing pusing kami kat sepang tu....nasib baik da beli siap siap Sticker Parking,so Polis Trafik kat situ mmg bagi lalu..ehhehehhehe...da jumpa parking sekali,parking pulak penuhhhhhh!!!!....at last,marshall kat situ bagi masuk kat area parking PB1...phieewwwww~~~~

Pintu masuk ke tempat konsert..nampak tak tu RAIN besarnyeeeee...hheheheheh


Lepas da parking tu,terus nampak gambar RAIN punya besar....hhehehee...jd kami terus je la tunggu kat situ...tyme tu belum ramai lg...sebab malas nanti nak berebut2...pukul & mcm tu baru la dpt masuk..adeh,mcm nak patah kaki beratur kat luar tu...paling best,tempat ktorang diri tu betul2 dpn stage!!..sukaaa!!sukaaaa!!..ehehhee...dpt tgk RAIN dekat2..tak macam kat bukit jalil tu,nampak RAIN cam semut..

**PENGSAN**


Opening konsert malam tu dari Joe Flizzow n Altimet.....RAIN keluar dlm jam 9 mlm....waaaaaaaaa!!!!!!!....Pembukaan lagu RAINISM....OMG!!..hahahahahaha...semua fanz dia da terjerit2 nama rain ni.....nyanyian n dance dari rain n penari dia mmg mantap...sound system semua mmg best...lighting pun cantex...



Antara lagu lagu yg dinyanyikan oleh RAIN seperti Rainism,hip song,it's raining,friends,with u,fresh woman,love story,bad guy,harudo dll...total dlm 11 lagu rasanya..mmg terbaik!!..konsert rain mlm tu berakhir dlm jam 11 mlm...sedihnyaaaaaa....bila la lagi nak tgk rain perform...sob sob...

lepas konsert..sempat kenal dgn fanz rain ni..elena nama dia...sanggup dtg ke konsert rain,padahal tix bus nak balik penang kul 12 mlm...heheehee....alang2 satu jln,fda tunpangkan dia ke bukit jalil..kebetulan antar adik balik subang....nasib baik sempat dia naik bus kul 12 tu...mmg laju gyle pecut kat highway,sampai dia ckp fda ni kl drift women....ahahahahah....nanti kter jumpa lagi k



tTAMAT daaaa....jumpa lg di konsert RAIN yg akan dtg ek..hehehehhehehe..tunggu la fda pie korea pulak...eheheheh

Monday, March 14, 2011

Jom ramai2 pg F1 tgk RAIN

Tersedak pagi tu bler nampak iklan promo ni ....mcm x sangka je RAIN nak dtg lg...Mimpi jd kenyataan.....Akhirnya setelah 4 tahun,RAIN kembali ke Malaysia...Yeayyyyyy!!!!!...mmg ditunggu2....Jeles biler artis korea yg lain selalu dtg buat show kat sini....tyme tu tertanya2 'bila la RAIN nak dtg lagi ek'..over tak??..hehehhee...Ramai yg ckp RAIN tak akan dtg lagi kat Msia..jd,bila dpt tau je RAIN nak buat show utk F1,mmg tak fikir panjang da..heheehehe..terus calling calling yg lain...RAIN!!..RAIN!!!..;p

Yeayyyy!!!..da dapat tix!!!

Dapat tau tiket dijual pada harga istimewa selama 3 hari je di Farenheit 88 mulai 11 mac - 13 Mac...Jd,sabtu lepas plan dgn Deeda pie farenheit 88....pantas betul kan kami nie...hehehehee..Selepas tarikh tu,Harga tiket akan naik....tyme nak beli tu x kisah la berapa harga tiket,janji nak tgk RAIN jugak...hehehehehe...bukan senang nak tgk dia buat show kat sini....kannn??..kannn???...hhehehe

Konsert RAIN akan bermula pada 8.30 mlm pada 10th April 2011....kira tiket yg kami beli ni berbaloi la coz boleh masuk utk 3 hari bermula dari 8th april - tarikh konsert...tak pasal2 je kami pg tgk F1...heeheheh

Jumpa di sanaaaaaa!!!!

Thursday, March 10, 2011

[ARTIKEL] Adam Hargai Jasa Peminat (Sinar Harian) by Aico Fc on Sunday, March 6, 2011 at 6:48pm 06 Mac 2911 oleh Aqmar Mustaza, Akhbar Sinar Harian

by Aico Fc on Sunday, March 6, 2011 at 6:48pm

06 Mac 2911 oleh Aqmar Mustaza, Akhbar Sinar Harian

‘Tanpa peminat, siapalah saya’. Sekalipun kedengaran klise, namun hakikat itu perlu diakui golongan artis yang memerlukan peminat untuk kekal di dalam industri seni tanah air.

Terdapat sesetengah artis sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga hubungan dengan peminat.

Tidak terkecuali anak kelahiran Sabah, Mohd Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam, sekalipun sibuk dengan kerjaya seninya, namun dia cuba meluangkan masa bersama peminatnya.

Berikutan itu, sebagai menghargai jasa peminatnya, Adam mengadakan majlis makan dan santai bersama AicoVX atau lebih dikenali sebagai Adam Fan Club Malaysia di restoran Rafflesia Chicken Hut, The Mall, Kuala Lumpur, pada 26 Februari lalu.

Selain Adam, turut memeriahkan majlis itu, artis naungannya, Badboyz.

Menurutnya, tujuan majlis itu diadakan untuk mengeratkan hubungan antara dia dan peminat, serta meraikan kemunculan album terbarunya, Adam 4 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

“Saya bertuah kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong karier seni saya. Tambah bermakna, saya bukan sahaja mempunyai golongan peminat yang menyokong kerjaya saya sejak mula bertapak di dalam industri seni, sebaliknya saya bertuah kerana mempunyai peminat baru yang dapat saya lihat setiap kali mengadakan persembahan.

“Saya bersyukur kerana melalui AicoVX, saya dapat bertemu dan mengenali peminat dengan lebih dekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Seramai 30 peminat bertuah turut serta dalam majlis serba ringkas selama tiga jam itu sebaik Adam selesai mengadakan persembahan dan sesi bertemu peminat di Selayang Mall.

Ahli AicoVX, Kannmani berkata, dia meminati Adam sejak awal kemunculannya kerana menganggap Adam boleh dikategorikan sebagai artis bertaraf antarabangsa.

Ini kerana, Adam sering membawa kelainan dari segi persembahan, tarian, konsep dan penampilan.

“Adam antara artis realiti TV yang masih unggul dan kekal di persada seni tanah air sehingga hari ini.

“Kelab peminat rasmi Adam bukan sekadar Fanclub, sebaliknya kami seperti satu keluarga di mana ketuanya adalah Adam. Oleh sebab itu, kelab peminat ini boleh kekal sehingga tujuh tahun sejak 2004 ditubuhkan dan kami akan terus menyokong karier Adam dalam sebarang bidang diceburinya. Kami sayangkan ahli kelab seperti mana kami sayangkan Adam sejak dahulu,” katanya.

Menerusi majlis itu, ahli rasmi AicoVX menerima album Adam 4 setiap seorang yang mengandungi lima lagu dicipta Adam sepenuhnya beserta poster istimewa percuma.

Album Adam 4 edisi khas akan menyusul di pasaran tidak lama lagi dan mengandungi tambahan lima lagu instrumental.

Bagi yang ingin mendapatkannya, boleh menghubungi Aico Empire Group di laman sesawang, Facebook.

Bagi Fanclub yang ingin berkongsi cerita bersama artis kesayangan anda, boleh emelkan kepada aqmar.mustaza@sinarharian.com.my

Credit : http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8831700.asp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...