Sinopsis:
Hali,Salmi, Rafik, Ani & Ang Lee mewakili generasi muda Malaysia yg datang dari latarbelakang dan pemikiran berbeza berusaha utk menerbitkan sebuah buku bergambar '1957-Hati Malaya'.Dalam pencarian itu,mereka menemui percintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul² mendalami & menjiwai karektor dan peristiwa yg begitu emosi & membawa mereka pada era semangat rakyat tanah melayu bangkit menuntut kemerdekaan.
Rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yg mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka.
Filem ini memfokus kepada Tuanku Abd Rahman, Pengasas kepada kejayaan Parti Perikatan, yang menjdi Perdana Menteri Pertama Malaya pada tahun 1957 , walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yg mahu melambatkan kemerdekaan.Datuk Onn Jaafar, Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yg berjaya membangkitkan semangat nasionalisme org melayu menentang pernubuhan Malayan Union yg dicadangkan oleh british pada 1946.
Filem ini akan berada di pawagam pada 25hb Oct 2007. Ya!!!!..saya pasti menontonnya di pawagam kelak....Ini kerana saya ingin merasai & mengetahui bagaimana pengorbanan mereka bersusah payah utk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957..Semestinya ,kita semua telah didedahkan dgn Subjek Sejarah kemerdekaan di Sekolah,tetapi apa salahnya jika Filem ini dapat dijadikan rujukan bersama...
Bertuahnya saya menjadi seorang Rakyat MALAYSIA !!!..Salam Merdeka yg ke 50thn buat M'sia..
credit : 1957-hati Malaya Official Web
2 comments:
kalau kamu suka filem sejarah macam "1957 Hati Malaya", kamu pasti enjoy filem pendek "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka". Boleh ditonton secara percuma di youtube atau download dari laman blognya.
Ia menceritakan sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya yang tak masuk dalam buku teks, yang sudah bermula 10 tahun sebelum merdeka!
thanks fahmi for the info!!...;)
Post a Comment