Sunday, November 25, 2007

++Jln2 di Hari Minggu++

Actually,ptg nie i & my frenz plan nak main futsal di Segambut...bile nak keluar rumah, i dapat sms our futsal game kena cancel coz jln sesak teruk di KL....ramai yg sangkut dlm kesesakkan jlnrya...polis tutup jln gara gara 1 perhimpunan yg akan diadakan...alamak!!..bukan ape, my frenz (byt) dah on the way ke LRT Pandan Jaya coz both of us plan nak ke Segambut sama2.....sian pulak kat dia coz dah on the way from Bangi....heheeh...So,kitorang plan ke OU je.....lgpun lama dah tak ke sana....calling calling sis Weina ajak dia join skali..eheehe...plan nak tgk wayang je...tapi,tiket semua SOLD OUT...adusss....akhirnya kami main bowling je...ehehheeh..sempat la main 1 game...terror jugak byt nie lontar bola...mula mula malu nak main,tapi bile dah baling bola bowling, terus excited...ehehehhe...nanti boleh main utk afcm k...ahaks...


Kebetulan pulak ntv7 ader buat UrbanLive kat situ.....ada persembahan dari artis tempatan seperti Dina,Dayang Nurfaizah,Zahid & Ridzuan & 2 org artis lagi...opss sorry, i tak familiar dgn diorang nie....ehehe..hurm,zain Ruffedge pun ada dtg bg support pd rakan2 artis ...ada banyak booth from ntv7 kat situ....ada juga pertandingan mewarna utk kanak2..actually,bagus ada event mcm nie....sekurang kurangnya ia 1 promosi utk ntv7 agar lebih dikenali....:)


Tuesday, November 20, 2007

Happy Bday Eina!!


Happy Bday to uuuu!!..
Happy bday to uuuuu!!..
Happy bday to einaaaaa!!!....
Happy Bday to uuuuuuuu!!..

Happy 27th Bday!!!..dah tuo kawan ku sorang nie...eheheheh...tak lama lagi pak pung pak pung pulak...ehem ehem...ehehehe.....Semoga di panjangkan umur & dimurahkan rezeki....Semoga apa yg di impikan akan menjadi kenyataan..insyallah...

Sunday, November 18, 2007

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Lagu :- Anuar Zain - Ketulusan Hati
Artis :- Anuar Zain
Download atau muatturun :- Anuar Zain - Ketulusan Hati
Lirik :- Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu


**terjiwang plak!!!...hehehhehee..

Saturday, November 17, 2007

Sekadar Renungan

12 barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.

The Pursuit Of Happyness


Jumaat 16.11.2007 - Kena hadiri tayangan Movie The Parsuit of Happyness mlm nie....Movie start jam 9.45 mlm....tiba2 dapat tahu ADAM ada di "AC Di Sini", tak dapat la nak ke ASTRO sebab dah janji dgn kawan2 nak tgk movie nie...Actually,nie movie lama tapi dipertontonkan pada kami mlm td....sebenarnya movie nie ada kena mengena dgn apa yg fda buat sekarang...ehehehehe...betul betul terharu dgn semangat Will Smith dlm Movie nie...Sorang yg tabah & cekal....Yg akhirnya dia menjadi seorang yg berjaya...

** Kejayaan akan hadir jika ada usaha...

Monday, November 12, 2007

Bowling Raya Alamorphosis & Kelab Peminat Akademi Fantasia

Pada 10/11/2007 di Ampang Superbowl,Berjaya Times Square berlangsung Perlawanan bowling antara Alamorphosis & Kelab Peminat Akademi Fantasia.Banyak juga kelab peminat AF yg terlibat antaranya Adam FC,Nana FC,Fitri Fan Zone, Anding Fan-tastic Club,Za8 fc,Farhan fc,Farah Fc,Nurul FC, LUV's,Edlin FC, Shawal FC, Aizat FC,Afiq FC dan lain lain...Bowling nie adalah anjuran Alamorphosis & sebanyak 48 lane ditempah utk perlawanan nie.Banyakkan???...

Di kesempatan ini, Fda mohon beribu kemaafan buat Pemain & AJK Adam FC kerana utk perlawanan kali ni,Fda tidak dapat memberikan komitmen yg sepenuhnya atas sebab sebab yg tidak dapat di elakkan.Kebetulan,jadual Fda bertindih dgn Perlawanan bowling kali ini.Cuma hanya sempat singgah sebentar di Ampang Superbowl mujur Fda juga berada di Berjaya Times Square.Sempat la curi curi masa...ehehehe...

Tahniah buat pemain yg mewakili ADAM FC kerana mendapat tempat ke 3 untuk perlawanan kali ini.Satu keputusan yg tidak disangka.!!!..alhamdullilah..Tahniah juga buat Team Shawal FC(1st Place) & Mawi FC(2nd Place)...Tempat pertama asalnya milik Alamorphosis(tuan Rumah),tapi mereka berikan pada Shawal FC.Terima Kasih juga buat ADAM kerana sanggup meluangkan masa utk hadir di Ampang Superbowl.Walaupun hanya dapat hadir dlm 15 minit.Kerana selepas itu,ADAM perlu ke Port Dickson utk show di sebelah mlmnya.Buat masa sekarang nie,ADAM masih sibuk shooting utk drama PRIA.

Pertandingan bowling nie,menemukan kembali fda dengan sahabat² lama.Sahabat yg sama sama mengikuti aktiviti Akademi Fantasia sejak di AF1 & AF2 dulu...Dgn adanya event begini,baru la kami dapat jumpa...ehehehe..almaklumla,ada yg sudah bertukar num & ada yg sudah berkeluarga..


kehadiran Linda Nanuwil sememangnya mengejutkan!!!...Sebab pada awalnya,fda dimaklumlan yg Luv's tak dapat sertai perlawanan bowling nie...tup tup ada!!...sempat la kami bertanya khabar...Lama jugak tak jumpa dia...actually semenjak puasa,dah dengar khabar Linda akan buat comeback sempena pencalonannya di Majalah Eh! 20 yg anggun nanti..Apa apa pun, fda doakan Linda akan terus suksess & terus mewarnai Industri Hiburan tanahair...

Tahniah pada Alamorphosis atas penganjuran bowling kali ini...!!!....

Friday, November 9, 2007

Nantikan EH! 20 Yang Anggun !!

EH!20 Yang anggun kini kembali !!...Sebuah majlis Makan Malam bersama sama 20 personaliti EH!yang anggun anjuran Majalah EH!...utk info lanjut,dapatkan majalah EH! edisi Nov 2007 k


EH! 20 Yang Anggun.


Tarikh: Sabtu, 24 November 2007.


Masa: 7.00pm.


Tempat: Ruums, Life Center, KL.


Calon-calon EH! 20 Yang Anggun 2007:

Aryanna Najwa Ahmad (Dekna)
Avaa Vanja Ramli
Arafah Edruce
Azline Arifin (Ezlynn)
Cheryl Samad
Emelda Rosmila
Haryati Hamzah (Yatt)
Intan Nurladyana
Low Sook Yee (Suki)
Marsha Milan Londoh
Nora Danish
Norhanasafiza Mat Adnan (Hana)
Norlinda Nanuwil (Linda)
Putri Andreanna Syigim (Anne Hot FM)
Raja Putri Atilia (Atilia)
Siti Khadijah Hassan (Kat)
Misha Omar
Siti Suriane Julkarim (Yanie)
Siti Elizad Sharifusin
Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar (Dynaz)


Utk yg berminat ke Majlis Makan Malam nie,anda boleh dapatkan majalah EH! atau nantikan isyarat memanggil di HOT FM ataupun layari http://www.hotfm.com.my




Sunday, November 4, 2007

Open House Raya

Lokasi 1 -Rumah Pengasih



Hari nie, sibuk memenuhi jemputan Rumah Terbuka...maklum la,bulan Syawal belum sampai penghujungnya...jadi,ramai lah yg menjemput ke Majlis Rumah Terbuka...Lokasi pertama adalah Majlis Rumah Terbuka PENGASIH di Bukit Tunku,KL....Rumah Pengasih menempatkan mereka untuk menjalani pemulihan Penagihan Rawatan Dadah..Actually,ayah fda dapat jemputan nie jd kami sekeluarga tumpang sekali....ehehehhee....Makanan yg disediakan pada petang itu, mmg banyak....Macam Macam ada..sate, nasi kerabu, nasi dagang, lemang, kerepek kerepek, kuih muih, macam macam laa....tengah hari tue,tetamu juga dihiburkan oleh Jamal Abdillah...Semua sedia maklum, Jamal sekarang menjalani pemulihan di Pusat ini.Ada juga para VVIP & VIP yg hadir.
Tetamu VIP & VVIP










Sempat la bergambar dgn Jamal..ehehee..tapi,dlm pic nie saya rasa saya dah gemukz!!!..raya nie asyik makan!!..makan!!..makan!!!....uwaaa..uwaaaaa.

Semasa nak balik, kami diberikan goody bag...



Lokasi 2 - Teratak Dusun,Jln Sungai Tekali






Lokasi ke2, adalah Di rumah Datuk Nordin Razak di Teratak Dusun,Jln Sg Tekali....ramai tetamu yg hadir....tak ketinggalan artis seperti Datuk Aziz Satar & isteri,Rubiah Suparman, Habsah Hassan....yg lain tak berapa ingat namanya...Menantu Datuk Nordin,Norfarahin Jamsari(TV3) pun tak ketinggalan melayan tetamu..sempat juga beliau menjual buku tulisannya "44 hari bersama Norfarahin"....jgn lupa dapatkan di pasaran ye!!...ehehehe..Kutipan derma utk Adik Ayuna(anak Mustapha Kamal) juga dijalankan.








Pemuzik jemputan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur





Datuk Aziz Satar sempat menghiburkan tetamu dgn 2 buah lagu...




Kami pulang pada jam 4 ptg...mlm nie ada satu lagi majlis raya di Subang Jaya...;)

Happy Birthday Sennie...


Happy Birthday to u!!
Happy Birthday to u!!!...
Happy birthday to Sennie!!
Happy Birthday to uuu!!..

Hari ini, adalah ulangtahun kelahiran Sennie...tetapi kami adakan sebuah Majlis Harijadi yg cukup Meriah Di Restoran Manhattan tepat jam 12.00tgh malam semalam..Makanan kat situ pun sedap jugak..eheheh...Lokasi Manhattan Restoran adalah berhadapan dgn Berjaya Times Square.Seramai 100 tetamu hadir semalam..Majlis bermula pada jam 8.00 mlm....Pelbagai jenis hidangan disediakan.....shedap..!!


Our Family..

Majlis dimulakan dgn permainan Teka Teki.....Mmg havoc la masa nie...macam macam jawapan yg di lontarkan....senak perut masa nie....ahaks...selepas tue ada acara tiup belon..tapi belon nie bukan utk dipecahkan...setiap belon ada num dan game nie, lebih kurang cam matematik sket...ada simbol +,-,= dan num bermula dari 1 ..Peserta kena bawa jawapan yg ada pada belon masing masing...berebut la semua lari ke depan,bawa belon.....hehehe


Tepat jam 12.00 tgh malam,Kek dibawa keluar.....bermula la sessi memotong kek dan pemberian hadiah.


dgn bday gal..!

azean, me, Linda & Fida(sama pulak nama...!!hehehe)

Friday, November 2, 2007

With U - Rain Malaysia Club 2nd Birthday Bash

Sesiapa yg berminat nak dtg ke majlis nie,sila log in ke web http://rain-malaysia.com utk info lanjut k.Peminat RAIN di Malaysia,jom le meriahkan suasana....eheehheeee

Kerana Karina

Drama bersiri terbaru Kerana Karina merupakan salah sebuah drama bersiri yg disiarkan melalui online di gua.com.my .Telah mula bersiaran pada 29 October lalu.Dibarisi pelakon seperti Sazzy Falak(Sherina), Marsha AF(Karina), Chelsia Ng(Jennifer),Elaine Daly(Jane), Zizan Nin(Imran), Zally Hussin( Huzir),Alan Yun(Marcus),Bell Ngasri(boy) & Roslan Aziz(Dato Ross)
Setiap episod disiarkan pada hari Isnin,Rabu & Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...