Monday, March 14, 2011

Jom ramai2 pg F1 tgk RAIN

Tersedak pagi tu bler nampak iklan promo ni ....mcm x sangka je RAIN nak dtg lg...Mimpi jd kenyataan.....Akhirnya setelah 4 tahun,RAIN kembali ke Malaysia...Yeayyyyyy!!!!!...mmg ditunggu2....Jeles biler artis korea yg lain selalu dtg buat show kat sini....tyme tu tertanya2 'bila la RAIN nak dtg lagi ek'..over tak??..hehehhee...Ramai yg ckp RAIN tak akan dtg lagi kat Msia..jd,bila dpt tau je RAIN nak buat show utk F1,mmg tak fikir panjang da..heheehehe..terus calling calling yg lain...RAIN!!..RAIN!!!..;p

Yeayyyy!!!..da dapat tix!!!

Dapat tau tiket dijual pada harga istimewa selama 3 hari je di Farenheit 88 mulai 11 mac - 13 Mac...Jd,sabtu lepas plan dgn Deeda pie farenheit 88....pantas betul kan kami nie...hehehehee..Selepas tarikh tu,Harga tiket akan naik....tyme nak beli tu x kisah la berapa harga tiket,janji nak tgk RAIN jugak...hehehehehe...bukan senang nak tgk dia buat show kat sini....kannn??..kannn???...hhehehe

Konsert RAIN akan bermula pada 8.30 mlm pada 10th April 2011....kira tiket yg kami beli ni berbaloi la coz boleh masuk utk 3 hari bermula dari 8th april - tarikh konsert...tak pasal2 je kami pg tgk F1...heeheheh

Jumpa di sanaaaaaa!!!!

Thursday, March 10, 2011

[ARTIKEL] Adam Hargai Jasa Peminat (Sinar Harian) by Aico Fc on Sunday, March 6, 2011 at 6:48pm 06 Mac 2911 oleh Aqmar Mustaza, Akhbar Sinar Harian

by Aico Fc on Sunday, March 6, 2011 at 6:48pm

06 Mac 2911 oleh Aqmar Mustaza, Akhbar Sinar Harian

‘Tanpa peminat, siapalah saya’. Sekalipun kedengaran klise, namun hakikat itu perlu diakui golongan artis yang memerlukan peminat untuk kekal di dalam industri seni tanah air.

Terdapat sesetengah artis sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga hubungan dengan peminat.

Tidak terkecuali anak kelahiran Sabah, Mohd Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam, sekalipun sibuk dengan kerjaya seninya, namun dia cuba meluangkan masa bersama peminatnya.

Berikutan itu, sebagai menghargai jasa peminatnya, Adam mengadakan majlis makan dan santai bersama AicoVX atau lebih dikenali sebagai Adam Fan Club Malaysia di restoran Rafflesia Chicken Hut, The Mall, Kuala Lumpur, pada 26 Februari lalu.

Selain Adam, turut memeriahkan majlis itu, artis naungannya, Badboyz.

Menurutnya, tujuan majlis itu diadakan untuk mengeratkan hubungan antara dia dan peminat, serta meraikan kemunculan album terbarunya, Adam 4 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

“Saya bertuah kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong karier seni saya. Tambah bermakna, saya bukan sahaja mempunyai golongan peminat yang menyokong kerjaya saya sejak mula bertapak di dalam industri seni, sebaliknya saya bertuah kerana mempunyai peminat baru yang dapat saya lihat setiap kali mengadakan persembahan.

“Saya bersyukur kerana melalui AicoVX, saya dapat bertemu dan mengenali peminat dengan lebih dekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Seramai 30 peminat bertuah turut serta dalam majlis serba ringkas selama tiga jam itu sebaik Adam selesai mengadakan persembahan dan sesi bertemu peminat di Selayang Mall.

Ahli AicoVX, Kannmani berkata, dia meminati Adam sejak awal kemunculannya kerana menganggap Adam boleh dikategorikan sebagai artis bertaraf antarabangsa.

Ini kerana, Adam sering membawa kelainan dari segi persembahan, tarian, konsep dan penampilan.

“Adam antara artis realiti TV yang masih unggul dan kekal di persada seni tanah air sehingga hari ini.

“Kelab peminat rasmi Adam bukan sekadar Fanclub, sebaliknya kami seperti satu keluarga di mana ketuanya adalah Adam. Oleh sebab itu, kelab peminat ini boleh kekal sehingga tujuh tahun sejak 2004 ditubuhkan dan kami akan terus menyokong karier Adam dalam sebarang bidang diceburinya. Kami sayangkan ahli kelab seperti mana kami sayangkan Adam sejak dahulu,” katanya.

Menerusi majlis itu, ahli rasmi AicoVX menerima album Adam 4 setiap seorang yang mengandungi lima lagu dicipta Adam sepenuhnya beserta poster istimewa percuma.

Album Adam 4 edisi khas akan menyusul di pasaran tidak lama lagi dan mengandungi tambahan lima lagu instrumental.

Bagi yang ingin mendapatkannya, boleh menghubungi Aico Empire Group di laman sesawang, Facebook.

Bagi Fanclub yang ingin berkongsi cerita bersama artis kesayangan anda, boleh emelkan kepada aqmar.mustaza@sinarharian.com.my

Credit : http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8831700.asp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...