




Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.
Selamat Pengantin Baru Zety
da nak balik baru jumpa dgn Aida...Aida nie pun sama jugak kami satu sekolah...cuma skrang nie da lost contact lepas dia kawen...almaklum la,da kawen ni cam susah sket nak jumpa..masing2 da bz...kawan kawan lain semua tak nampak pun...:(...mungkin diorang sampai lepas saya balik.
Actually bukan senang nak kumpul balik dgn semua sebab masing2 da bz dgn komitmen ....marlon tak dpt join skali sebab bekerja...kalau imbas balik waktu mula2 dulu,kami ni selalu hang out ramai2...skrang nie da susah sikit...Yand,boy n marlon bz dgn Bad Boyz..manakala Chaq pulak sibuk dgn xtvt seni dia...ini pun yand n boy last minute dpt dtg....diorang ada reherseal utk Dewi Remaja di PWTC..lepas tu terus direct ke OU...almaklum la,plan nie pun last minute jd semua la last minute dpt dtg...


Sebelum kami bertolak ke I-city,kami mkn ABC Fredo dulu di seksyen 2 Shah Alam....wahh!!!..sedap ..coklat nyeee fuh special..hehhe..sementara menunggu hujan berenti,kami duk la dulu di sini...





Kami bertolak ke Tanah Tinggi Cameron pada pukul 12tghari...lepas lunch hours...redah je la kan...hehehee...selepas exit ke simpang pulai tu terus la naik ke Cameron...Jalan bersimpang siur yg amat....ingatkan dekat je la Bunglow DBKL tu,rupanya jauh ke dalam...alahaiiii...nak buek camno,alang2 da sampai kan...ehhehee
Sampai sampai je terus kami singgah di ladang teh..saje je jln2...kebetulan adik suzaila nie x pernah sampai sini...hehehe..
