Sunday, September 30, 2007

Al - Fatihah

إنا لله وإنا إليه راجعون

Al - Fatihah buat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.


Rentetan Kisah Adik Nurin:

  • 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
  • 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
  • 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
  • 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
  • 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
  • 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
  • 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
  • 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
  • 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
  • 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
  • 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
  • 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
  • 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
  • 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
  • 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
  • 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
  • 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Archieve : Nurin Jazlin Blogspot








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...