Wednesday, December 24, 2008

Histeria 08


Weekend yg lepas kitorang tgk filem histeria.....mmg tunggu2 pun filem nie keluar...coz tgk promo pun ala ala seram jugak...ada jugak la yg tgk sampai tutup2 mata..ahaks....mmg banyak la part yg membuatkan kitorang terkejut n kdg2 kami ditakutkan..huh!....terutama adik n eina la...ahaks...tue la,duk sebelah dak2 tue mmg kena la...diorang tue dah tentu kuat sakat...tak pasal2 dgr sore diorang nie menjerit...hahahhahahaha.....bile nak seram je,dak sebelah nie buat lawak plak...adus,tak leh duk diam betul...heheehhehe.....terus perasaan takut tu tak de...duk gelak je plak...sabar jer.....hari tue tgk wayang ngan bos ramai2,pandai laks duk diam...sabar jer la...hehehheeheh...

Okla,kalau anda peminat filem2 begini....jgn lupa menonton histeria k.....tahniah utk pelakon n semua krew filem ni ...:p


Sinopsis HISTERIA

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu, ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru bernama Zeta yang turut di denda, mula menyertai kumpulan mereka. Pelbagai kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok.

Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap ‘Paranoid Schizophrenic’, sejenis penyakit mental. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Histeria Trailer

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...