Saturday, February 28, 2009

Astro Kirana short film awards

Hye..last friday i & Amelia ke Astro Kirana Short Film Award di KLCC Convection Centre...thanks amelia for the tix....3 hari sebelum tu amelia dah sms i tanya nak pergi ke tak..hehehe..so lepas kerja i jumpa amelia di KLCC...dlm kul 7mlm dia kata kena masuk dah...biler masuk ke hall,tgk mcm tak ramai lg yg dtg...


Ramai jugak selebriti yg hadir..ada yg dtg sebagai penyampai anugerah n artis jemputan..mlm nie i mcm malas plak nak ambil gambar..so,i tgk je la artis2 yg hadir nie...hehehe..lepas majlis,pihak astro sediakan jamuan mkn utk tetamu..tapi i & amelia tak join(walaupun perut tgh lapar!!)..hehehe...kitorang lepak jap kat luar hall...Stacy n dancer2 dia lalu depan kami..diorang nak turun lif ke parking.... sempat la Stacy n chaq tegur i n amelia...borak kejap je...sempat la chaq remind i...takut sgt i nie lupa..heheheh...5 min lepas tu baru kami ke parking....biler nak bayar parking@autopay,adam n b.a.d boyz pulak keluar dari lif kat situ..huhuhu.....ahaks...biasalah biler kitorang nie dah berjumpa,amboi,meriahnya...aduhai adam,kenapa suara tak keluar masa nyanyi lagu benar benar???...ingatkan microphone rosak..rupanyaaaaaaaa....hurmmmm..tue la,may be penat sgt ..tak cukup rest...rasanya mesti adam boleh perform lg best dari mlm td...;(..balik tue kami pergi mkn2..thanks amelia !!!..heehheh...sampai rumah i terus tdo coz pg nie nak kena htr 'adik' i pie lcct..dia amek flight awal gler...so,kali nie kena keluar rumah awal..nanti dia tertinggal flight cam hari tue...tak pasal2 kna beli tix lain...


Lepas siaran Astro Short filem td (sabtu 28/02/09),i dapat kiriman sms yg bertanya kenapa show adam cam ada kekurangan..huhuhuh..tue la,i ingatkan mlm semalam i sorang je yg perasan...jd,biler dah ada yg kata cam tue,confirm mmg pendapat kami serupa...huhuuhuhu...

**pg nie kat opis tak boleh buat kerja....bleh plak tertdo depan pc..ehhehe...penangan bgn awal ..kul 4 'adik' i nie dah alarm takut i tak bgn.....hehhehe..

Sunday, February 22, 2009

ADAM @Senawang

hye...hari nie i n eina plan nak pie Senawang...lokasi kami hari nie Giant Senawang..kenapa Giant Senawang???..of coz la ADAM ader show kat sini..heheheh..kalau tak ,tak der nya la kami nie nak ke sana....Actually,kitorang dpt tau show adam nie hari Sabtu...tapi i dgn eina mmg tak nak gie..sebab hari nie(ahad) i kerja....so,tak der la nak semangat plan..masing2 buat tak tahu je...




Tiba2 pg td masa nak pie kerja,i cam terfikir pulak apa salahnye pergi lepas i balik kerja kan??...hehehehe..lgpun show adam jam 2 ptg..dah tentu kul 2 ptg tu blum start lagi...mula la plan last minute datang...ahaks...kitorang nie mmg suka buat plan last minute...heheheh....so,pg pg lagi i dah roger Eina...ehehhee..sorry ye i kejutkan u pagi2 buta....bukan apa,nanti kalau btau lambat u ader plan lain...ahaks....Dlm jam 12.30 tgh hari baru kitorang gerak ke Senawang....Dpt sms from aunty,dia bgtau adam baru seminit jer keluar..hah!mesti jumpa kat highway nie....huhuhuuuhu...actually tak tahu pun Giant ni kat mana...nasib baik ader baiti..dia yg bagi diretion...Thanks Bytie..!!!..heheheh

Masa nak on the way,dapat msg from chaq ..tanya i pie ke senawang hari nie..ahaks..alah,baru je tak nak bgtau...ehheheeh...dia bgtau yg diorang baru lepas tol arah utara..hah???..arah utara???..betul ke tak dia nie..ehheehheh..confirm main belasah je nie....apa apa je laaaaa..hehehehe..janji korang sampai..ahaks....kitorang cari kawasan RnR...nak pie isi minyak...

Me : kiter isi minyak nie,sekali tgk ADAM pun isi minyak skali kan..hehehhee...berangan la plak..

Eina : yer laaaaa kannn..heheehe

Me : hehehe..maner la tahu..sajer je ...

Ada 2 stesen minyak kat sini ...shell n Petronas...kereta i nie mmg isi guna Shell...so,i pun tuang la minyak kat Shell...keluar je dari Shell,saje la tgk kereta2 kat petronas...ternampak plak Toyota Camry kat situ..Boy tgh isi minyak...heheeh..terus bgtau kat eina...dia plak bleh tak nampak...bz duk tgk kedai Dunkin Donut katanya...mengidam la tue..ahaks..





Biler diorang nie dapat tau kitorng kat depan,mula la nak kejar2 kereta i...ada hati tu nak kejar.....sorry ek,lambat....hehehehe..sampai Giant pun korang still kat belakang...ahaks....biler sampai Giant nie,tercari2 jugak la pentas utama...alahai,kecik nyer pentas....huuuhu....so,we all cari tempat yg best coz nak amek pix...artis hari nie Nadia,Farah Asyikin,Flava, ADAM n B.a.d Boyz..Bad Boyz perform 2 lagu...Syg ku Janji n Pacar Pisau Cukur...ADAM perform last...nyanyi 2 lagu je..benar benar n KAU...huhhuu..rata2 pengunjung Giant nie dtg coz nak tgk ADAM...biler dj dj muzik fm nie tanya nak jumpa siapa...nama ADAM je la yg dgr..betul nie!!!..bagus la coz masih ada yg support dia...ada gaks adik2 i dari afcm yg dtg..antaranya bytie,kelly,fatin n akma...thanks u all...muahhssss....dlm jam 5 ptg jugak la baru habis..itupun jenuh menunggu..banyak sgt game diorg nie buat....ADAM plak diorang letak last..so,kena la tunggu dgn kesabaran..heheheh...ptg nie penampilan ADAM serba putih....ha!harap lepas nie tiada lg yg ckp penampilan adam asyik sama je k...owh,masa nie Kelly ajak kitorang lepak mkn2..sorry ye dik,tak dapat join coz nak rushing balik kl..nxt time k kita pg mkn2..hehhehe

So,biler nak balik tue...sekali lagi kitorang selisih dgn ADAM n bad boyz kat highway...ahahhhaa.....aiseh,heheh...lepas je tol senawang,ingatkan diorang dah tinggalkan kitorang....sebab kejap je diorng nie ilang...biler tgh relax bawak kereta,dapat sms bgtau diorang kat belakang keter i..hah!!..ingatkan dah jauh kat depan...rupanya tinggal kat belakang lagi??..ahaks..hehehehe...biler ADAM pintas kereta i,mula la masing masing muka melekat kat tingkap..aahahhaha..mcm mcm riak muka...adoi,korang nie mcm2m la...terhibur jugak la tgk gelagat diorang nie..heheh




Sampai KL,i ngan eina plan nak pg mkn coz dari tgh hari tue kami menahan lapar...ehehhe...so,ajak skali diorang nie join kami...tapi ADAM tak dpt follow dia htr bb je n lepas tu bb follow kitorang....apa apa pun,thanks ye coz hari nie u all buat i tersenyum je...sampai sakit la rahang i nie duk tergelak je...i akan cuba buang habit i tue k...ehehehee....ada yg memerhati rupanya..sabar je la..:p...ada la 1 insiden kelakar yg tak akan kitorang lupa..hehehehe...adoi, tak pernah2 jd mcm nie..heheeh


dapatkan isu GLAMOUR edisi Mac 2019 k..ahaks

Saturday, February 21, 2009

Kisah rumput & Orang yang disayangi

hye,Just nak kongsi email nie dgn uols..ehehehehe....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:



Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?



Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.



Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?



Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.



Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.



Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?



Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.



Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, February 17, 2009

Happy Birthday Marlon ..



hyeeee....Jgan Pisahkan kenangan Terindah!!..hehehhe....ader maksud sebalik tue sebenarnya...hurm,semalam(16/02/08) kitorang pakat2 amek cuti..heheheh...bukan apa,nak celebrate bday boy MARLON...nak suprisekan dia sebenarnya....hari hari lain diorang nie bz bangat,mcm big bosh...Ahad tu masa we all jumpa ADAM,we all mintak permission skali....jd,adam pun dah bg green light...tapi dia tak dapat nak join coz byk benda nak settle...tak pe,we all faham sgt..hehhehe

So,dlm jam 11 pg i dah jemput diorang nie....coz sebelum tue dlm jam 6 pg dah mintak i alarm diorang kul 10 pg...takut tak bgn ar tue..hehehhe....kena la jd jam loceng diorang plak...pg tue kitorang pie karaoke jap kat AMP...hurm,masa karaoke nie la baru keluarkan KEK utk Bday Boy..Marlon...ala ala suprise la konon...hehehehh....Happy Birthday to uuu!!!..happy birthday to uuu!!!!...semoga panjang umur n dimurahkan rezeki.. n semoga bertambah tambah rezeki ...

Mcm biasa,i jd pemerhati je la....diorang nie je yg sibuk karaoke....cuma ada masa tue tinggal i,eina n chaq ..sempat la i kacau eina jap nyanyi lagu Andai kau Pergi - Indigo...heheheh...masa nie Chaq kat sebelah mmg tak perasan i nyanyi....dia sibuk pilih lagu masa tue...nasib baik,klu tidak jd bahan la plak...lebih2 lg kalau yg lg 3 tue ada....makin galak nanti...masa nie boy n yand keluar jap coz ada hal....hurmmmm..hari nie kami semua ter'emosional'...ahaks...bukan apa,kitorang semua nie dah rapat mcm family...apa2 je masalah kongsi sama sama...jd biler ada yg nak 'berjauhan' dah tentu kami rasa sedihnya....terkenang semua pahit manis suka duka...alah,terlebih pulak...hehehehe...

Lon :akak nangis ke??....

Me : tak arrr..maner ada.....

Lon: alah..mula la buat gelak jahat..heheh

ktiorang sambung balik...masa nie boy duk nyanyi lagu Alleycats ..boleh pulak dia pun keluar air mata jugak...mana la dia tak sedih..kwn rapat kan...hurmm...adoiiiiii,nie yg malas nie...habis kitorang dlm bilik tue berjangkit...yg 2 org pakai cermin mata itam tue pun sama gaks....mcm la ktiorang tak tau..control la tue dgn cermin mata..padahal duk kesat2 air mata..ahaks...yg paling tak boleh control biler diorang nyanyi lagu terakhir Jangan Pisahkan.......tiba2 alamak,kitorang ber4 lari cari toilet..ahahhahaah.....chaq kat sebelah i bz amek pix sendiri..ala,i tahu dia nak cover la tue...mcm la i tak nampak..huh!...mata masing2 merah...hah!,lepas tue kitorang kna gelak ngan diorang nie...padahal diorang pun sama...saje la tue kan nak sakat kitorang...bukan apa,mungkin lepas nie tak akan rasa lg gelak tawa mcm sekarang.....yg ada pun lepas nie mungkin tak sama mcm sekarang...hah!berbelit belit ayat..ahaks...


lepas karaoke,kami main bowling pulak....i tak main,jd pemerhati je..huhuhuhu...coz masa ni rasa tak sedap badan ....heheheh...diorang main 1 game je sebab kak wna nak balik cepat...biasa la kak wna..hehehhehe....plan nak tgk wayang tapi tak jd coz kak wna tak minat..huh!





Last but not least buat CHAQ - Wish u all the best n gud luck..!!!...apa2 pun we all akan tetap support u k...to B.a.d Boyz,gud luck!!!..we all tetap support korang..hehhehehe...dah tak mo sedih sedih....heheheh..chilllllll!!!!!...syahdu la pulak...:(

p/s: i will mark ur words....

Wednesday, February 11, 2009

Cuti yg lalu..

Isnin yg lepas cuti ganti utk perayaan thaipusam.....so,alang alang dah bercuti ni kitorang adakan meeting utk next event AFCM...hah!kalau nak tau aper next event AFCM kena lah tunggguuuuuuuu.....!!!..info terkini kami akan beritahu di laman blog ataupun di laman Yahoogroup AFCM.....jgn lupa k!!..siapa cepat dia dapat...ahaks...



Lepas meeting kami 'cuci mata' jap kat One Utama....Yand,Chaq,Lon n boy pun join sama.....alang2 diorang nie tak buat apa,so diorang pun nak follow skali...Yg kelakar nye masa nak amek diorang nie,Bosh sms tanya kat mana...ehehhe...tetiba aircond kereta yg dah sejuk jd panas..ahaks..nie semua gara gara kak wna...kak wna jugakkkkkk!!!..heheeheh....yg jenuh nak menjawab eina la...haahaha....dlm kitorang duk jln2,Chaq dapat col dari stacy..owh rupanya dia pun ada kat sini,tgh mkn...so,kitorang pie jumpa dia jap.....eh eh ,en nubhan pun ada sama....aisehhhhh....ehemm ehemmm..hahahahhaha....hah!jgn gossip2.....ahaks....lgpun diorang tak keluar berdua,ada jugak lg kwn2 diorang yg lain..

En Nubhan..huhuhu


Stacy n kak wna....pinjam pix kak wna jap...ehehhehe

Fda tak shopping ape pun kat sini...ada la org tue yg kemain lagi nak shopping....dapat la sehelai baju....nak pakai masa show katanya..huhuhhu...yg sorang lg duk bz mencari baju tema utk jemputan Valentine minggu nie....Valentine??....ahaks.....habis semua kedai kitorang masuk,tak der pulak baju yg dia berkenan....huhuhuhu....padahal banyak je colour baju tema yg dia nak kitorang jumpa....tapi tetap tak berkenan....last last sajer je bg idea nak gie Berjaya Times Square lepas tue....hah!..aper lagi,laju je msg2 nak gie sana..hehhee....bosh dah call bgtau jgn balik lambat coz mlm ni diorang ader practise....okay boshhhh....


Biler kat bts,diorang nie dah tau dah kedai aper yg nak dituju..huuhuhuh....terus je dah dapat baju yg berkenan di hati.....baru la nampak muka tue happy je....ehhehehhee....

Monday, February 9, 2009

Amar Mikhael

Comey tak baby kak liza???....nie la Amar Mikhael....fda,eina n murnie pie tgk baby baru kak liza ahad lepas...kak liza pun still dlm pantang lagi....alhamdulilah,dedua sihat walafiat

eina,kak liza,me n Murnie

Amar Mikhael nie anak kak liza yg ke 5...hah!semua hero tau anak kak liza...tak der rezeki lagi kak liza nak dpt anak perempuan....apa apa pun,tahniah buat kak liza n abg saiful...hehehehheh

Sunday, February 8, 2009

Happy Birthday Murnie!!

08.02.09 - Happy Birthday Murnieee..yg ke berapa ek??..ehehhe...Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ...Semoga kehidupan lebih diberkati....Jaga baby n Jaga diri elok elok k...:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...